Timbalan Menteri Kesihatan diculik berdekatan Ramallah


Khamis, 04/01/07 –
Sumber Keselamatan Palestin melaporkan bahawa terdapat sekumpulan bersenjata yang tidak
dikenali melarikan diri pada malam Rabu selepas memecah masuk ke dalam rumah Timbalan Menteri
Kesihatan Palestin,Bashar Al Karmi, di bandar Al Biereh,berdekatan dengan Ramallah di bahagian
utara Semenanjung Gaza.


Agensi Berita Maan melaporkan bahawa empat penembak bertopen memecah masuk rumah Al Karmi dan menculiknya. Penembak itu juga turut mencuri sejumlah wang dan satu komputer riba sebelum melarikan diri ke destinasi yang tidak diketahui dan membawa Al Masry, agensi itu menambah.

Sumber keselamatan Palestin melaporkan bahawa serangan berkemungkinan sebagai satu motivasi
jenayah dan penyiasatan telah dijalankan terhadap serangan itu.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.