Prestasi Roket Pejuang Semakin Meningkat, Penduduk Yahudi Terpaksa Berpindah.


Rabu, 10/01/07 –Kemungkinan kemampuan roket pejuang Palestin semakin gemilang dengan peningkatan kuasa yang begitu cepat. Kawasan penempatan Yahudi di
sekitar Semenanjung Gaza semakin ‘ribut’ dengan ledakan roket Palestin, bahkan mereka merancang untuk berpindah.


Apatah lagi pihak militan Israel gagal menyekat roket-roket buatan tempatan Palestin
yang semakin mantap dan canggih untuk menyerang dan mengusir penjajah Israel.

Harian Israel Yediot Aharonot menyiarkan berita dari beberapa sumber pimpinan
militan Israel bahawa ada beberapa pilihan dalam menghadapi serangan roket Palestin
dari Semenanjung Gaza dan kemungkinan Israel membalasnya. Di antara kemungkinan itu
adalah mempersiapkan untuk mengosongkan penempatan Yahudi yang menjadi sasaran roket
di sekitar Semenanjung Gaza jika serangan berlanjutan.

Akhbar tersebut menegaskan, rancangan pengosongan penempatan Syaar Hanegev dan Hauv
Askalan sedang dilakukan. Pada tahap pertama, menutup sekolah yang berada di
perkampungan Sedrut dan menempatkan pelajar ke kelas jauh dari jangkauan roket
sementara guru-guru akan menyampaikan pelajaran melalui jaringan internet.

Jika pengosongan dilakukan secara mengejut maka para penduduk akan dihubungi melalui
telefon untuk segera meninggalkan rumah.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.