Tiada hospital bagi pemogok

Regim Jahanam Israel, mengumumkan tiada perkhidmatan hospital bagi 2,800 tahan Palestine yang sedang mengadakan mogok lapar, sebaliknya mereka akan hanya dirawat di dalam kemudahan sementara di dalam penjara jika di perlukan.

Kata Menteri kesihatan Regim Jahanam sebagai alasan “Saya tidak bersedia untuk mengadaikan nyawa pesakit lain (yang terdiri dari pendatang haram) dan pakar perubatan dengan membenarkan pejuang-pejuang di masukan ke hospital”

Dalam kenyataan Menteri Keselamatan Awam bagi pendatang haram, Tzahi Hanegbu, beliau tidak peduli samada tahanan-tahanan itu mati kelaparan.

Mogok ini menjadi simbol perjuangan terhadap pencerobohan Regim Jahanam Israel bagi memaksa pemberhentian pemeriksaan bogel, membenarkan lawatan yang lebih kerap dari keluarga, pembaikan dalam kemudahan awam seperti tandas and pemasangan telefon awam.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.