Haniyyah Tidak Peduli Kunjungan Terdekat Rice Ke Timur Tengah


Selasa, 16/01/07 –Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyyah menganggap agenda kunjungan Setiausaha Negara Amerika, Condoleeza Rice ke Timur Tengah kali ini kurang
bermakna. Beliau juga menolak usul Amerika berkait pembentukan kerajaan perpaduan nasional Palestin.


Dalam sidang akhbarnya, Jumaat (12/1) di Gaza,pihaknya tidak kisah mendengar kunjungan Setiausaha Negara Amerika kali ini yang akan ke Israel, Palestin, Jordan, Mesir, Arab Saudi dan Kuwait.

Ditanya tentang kemungkinan diadakan perbincangan mengenai pembentukan kerajaan perpaduan nasional oleh Setiausah Negara Amerika tersebut, Haniyyah menjelaskan, rakyat Palestin tidak akan menerima campur tangan asing dalam urusan dalam negeri
Palestin. Pihaknya akan tetap memperjuangkan pembentukan pemerintahan Palestin sesuai dengan tuntutan rakyat Palestin, bukan atas citarasa Amerika Syarikat.

Haniyyah menyebutkan, kunjungan Rice ini pasti membawa misi Amerika-Israel yang bertujuan menamatkan pemerintahan sah Palestin hari ini, bertepatan dengan sikap Amerika yang menolak keputusan pilihan raya lepas dimana Hamas telah berjaya menguasai tampuk pemerintahan Palestin.

Sementara itu berita dari beberapa media di Jordan menyebutkan, pihak Abbas akan menolak usul pendirian negara Palestin sementara, sesuai dengan perbatasan Tembok Perkauman yang telah dibangunkan oleh Israel sebagai penyelesaian sementara untuk menangai ketegangan Palestin-Israel.

Menurut sumber yang tidak mahu disebutkan namanya, jika Abbas menerima usul ini,
bererti satu kerugian besar kepada pihak Palestin kerana segala sesuatu yang sementara boleh menjadi tetap sebagaimana terjadi terhadap hak kembali kepada sejumlah pelarian Palestin dan juga masalah Al-Quds.

Namun begitu sejumlah sumber mengatakan, pada pertemuan hari ini (Ahad 14/1) antara Abbas dan Rice, pihak Abbas akan mengusulkan penyelesaian alternatif iaitu persidangan antarabangsa sebagai langkah awal menuju proses perdamaian dan dimulakan kembali perundiangan serius bersama Israel.

Perlu disebutkan, usul Rice untuk membentuk negara sementara Palestin, bukanlah usul baru. Hal ini pernah diusulkan sebelumnya oleh Menteri Luar Israel Tzebni Levi beberapa waktu yang lalu.

Sementara itu, akhbar Israel, Yedeot Aharonot menyebutkan, beberapa hari yang lalu Rice bersama sejumlah pegawai kanan kerajaan Israel mengadakan pembahasan khusus
mengenai pendirian negara Palestin sementara ini. Mereka menganggap usul ini adalah satu-satunya penyelesaian untuk mengatasi konflik Israel-Palestin walaupun hanya bersifat sementara. Memandangkan akhir-akhir ini pihak Amerika ingin segera menyelesaikan masalah Palestin ini, untuk membantu Amerika segera keluar dari Iraq, katanya.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.