Haneya: Rice Membawa 2 Misi Berbahaya Kepada Palestin


Rabu, 17/01/07 –Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneya, Isnin (15/1)
mengingatkan tentang bahayanya kunjungan Setiausaha Negara Amerika, Condoleezza Rice ke beberapa negara di Timur Tengah. Sudah diketahui umum bahawa beliau membawa misi
Zionis Israel.

Haneya menambah, kunjungan Rice ke Palestin bertujuan mempertahankan kepentingan
Israel,melalui idea pendirian negara Palestin sementara. Amerika berusaha menguburkan hasrat rakyat Palestin mendirikan negara Palestin merdeka yang mempunyai autoriti penuh terhadap seluruh wilayah Palestin.

Langkah ini juga dilihat sebagai usaha Bush menutupi kegagalanya di Iraq menjelang pemilihan presiden Amerika.

Dalam kenyataan yang dipetik oleh wakil nfopalestina.com di Gaza, Haneya mengatakan, sangat jelas bagi kita bahawa Amerika tidak pernah menekan Israel agar mengikuti keinginan rakyat Palestin. Yang pasti Amerika akan terus mendorong Israel untuk bertindak lebih kejam terhadap Palestin.

Pada peringkat awal Amerika akan membius rakyat Palestin dengan pelbagai kemudahan, seperti menghentikan sebahagian sekatan tentera di beberapa wilayah di Tebing Barat, menghulurkan bantuan dana kepada presiden Palestin, memberikan penghargaan kepada pihak-pihak yang mereka anggap sebagai moderat demi meningkatkan pengaruhnya di Palestin. Dengan harapan di masa hadapan apabila diadakan kembali pilihanraya umum
Palestin orang-orang ini akan terpilih menjadi pemimpin rakyat. Dengan demikian akan
memudahkan bagi Amerika dan Israel melakukan perdamaian demi kepentingan Amerika dan
Israel.

Kami melihat kunjungan Rice ini sangat berbahaya, kata Haneya. Tidak betul kalau dia tidak membawa apa-apa misi ke sini. Bahkan agendanya sekarang lebih berbahaya dengan idea pendirian negara “Palestin sementara” serta terus menambah kekuatan senjata dan dana pasukan presiden. Dua agenda ini mengancam senario politik Palestin dan situasi
keamanan di masa yang akan datang.

Haneya menyeru agar seluruh rakyat mengambil tanggungjawabnya dengan sentiasa berwaspada dan tidak terpengaruh dengan gula-gula mereka.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.