Abbas Hantar Resolusi Untuk Majlis Keselamatan PBB

Jumaat , 26-09-2014 – Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyatakan bahawa beliau bercadang untuk mengemukakan satu resolusi menggesa pelan pengunduran tiga tahun untuk Israel dari Tebing Barat, selepas ucapan beliau yang dijadualkan pada Perhimpunan Agung PBB Jumaat ini.

Harian Israel Haaretz berkata Abbas maklumkan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry, bahawa dia bertekad untuk mengemukakan cadangan ketetapan itu kerana lebih daripada dua puluh tahun “rundingan damai” langsung dengan Tel Aviv gagal mencapai matlamat yang dikehendaki bagi pembebasan dan kemerdekaan, manakala Israel terus ingkar dengan aktiviti pembinaan penempatan haram.

Israel nampaknya tidak mengambil berat tentang langkah Palestin kerana pasti Amerika Syarikat akan menggunakan kuasa Veto untuk mengagalkan ketetapan itu, seperti yang berlaku beberapa kali sebelum ini, manakala AS menegaskan “hanya rundingan damai langsung” boleh membawa penyelesaian kepada konflik Israel-Palestin.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : ameen