Rejim Zionis menyerang kampung Yatta, 2 lelaki Palestin diculik.


Selasa, 23/01/07 –
Rejim Zionis telah menyerang perkampungan Yatta, selatan kota Hebron pada pagi Isnin lalu (22/1/07), menculik 2 lelaki Palestin dan menyerang beberapa orang.


Issa Al-Imor (26 thn) dan Ahmad Murr (25 thn) telah diculik rejim Zionis dan membawa mereka
ke kawasan yang tidak diketahui. Saksi berkata, semasa pencerobohan itu, tentera rejim turut
menyerang rumah Khalil Musif (45 thn) dan memaksa mereka keluar dari rumah bersama 2 anak
lelaki beliau. Mereka telah diserang dengan bucu senapang dan baton. Mereka ditinggalkan sejurus
selepas itu dalam keadaan lebam dan luka.

Tentera rejim sedang mencari lelaki bernama Khairat yang berada dalam senarai paling dikehendaki.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.