Knesset akan melawan mahkamah tinggi berkaitan perlaksanaan perlindungan

Isnin , 29-09-2014 – Ahli Knesset yang berpengaruh mencadangkan agar kuasa mahkamah Tinggi Israel disekat berikutan keputusan hari Isnin yang menukar polisi rasmi berkaitan pemohon-pemohon perlindungan dengan membuat keputusan perundangan adalah tidak sah.

Mahkamah telah membuat keputusan setelah menerima petisyen daripada enam kumpulan hak asasi manusia, bahawa undang-undang yang membenarkan pemohon perlindungan untuk dipenjarakan sehingga satu tahun tanpa pembicaraan adalah tidak sah. Mahkamah kemudiannya mengisytiharkan bahawa Israel perlu menutup Kemudahan Tahanan Holot “yang terbuka”, di mana pemohon perlindungan yang memasuki Israel secara tidak sah akan ditahan untuk tempoh waktu yang tidak diketahui tanpa kemungkinan untuk dibebaskan.

Knesset akan memulakan apa yang dinamakan oleh portal berita Israel ynews sebagai “melawan” pihak Mahkamah Tinggi. Seawal minggu depan, di dalam pembukaan sesi musim sejuk Knesset, badan perundangan kementerian akan membicarakan usul Ayelet Shaked (Jewish Home) untuk meminda Undang-undang Asas : Maruah dan Kebebasan Manusia dalam usaha mengurangkan kuasa mahkamah mengubah undang-undang.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : zihan