Pendapatan Purata Harian Penduduk Di Gaza Hanya Sekitar 1 USD

Khamis, 02-10-2014 – Jawatankuasa Rakyat Untuk Penamatan Sekatan Gaza mengatakan, pendapatan harian individu di Gaza pasca serangan zionis dan kesan sekatan, mencapai 1 USD lebih kurang RM3.

Dalam keterangan akhbarnya, Pihak Jawatankuasa mengatakan, sejak sekatan Zionis terhadap Gaza tahun 2007, keadaan buruk ini terus berlanjutan hingga kini. Lebih dari 1.5 juta warga Palestin di Gaza, hidup bergantung kepada bantuan kemanusiaan. Peratus pengangguran meningkat pasca serangan Zionis, menjadi 65%.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

1 thought on “Pendapatan Purata Harian Penduduk Di Gaza Hanya Sekitar 1 USD

Comments are closed.