Seorang remaja Palestin syahid semalam


Khamis, 25/01/07 –Sumber perubatan di Jalur Gaza melaporkan semalam (24/1/07) bahawa rejim Zionis
yang berpusat di timur Dir al-Balah, di tengah Jalur Gaza, telah menembak mati seorang remaja
Palestin dan mencederakan 2 penduduk di situ seterusnya membawa mangsa ke tempat yang tidak
diketahui.

Dr Khalid al-Najjar, ketua Hospital Al-Aqsa memberitahu remaja yang syahid itu bernama Mahran Zakariyya, 17 tahun akibat tembakan yang tepat mengenai perutnya. Jenazah telah diserahkan kepada waris.

Tentera rejim Zionis memberitahu tembakan itu dilepaskan kerana mereka dikatakan mengintip pergerakan tentera rejim di Jalur Gaza.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.