Misy’al dan Abbas Sepakat Hormati Nyawa Rakyat Palestin


Khamis, 25/01/07 –Ketua biro Politik Hamas, Khalid Misy’al dan Mahmud Abbas sepakat mengadakan pertemuan lanjut berkenaan agenda pembentukan kerajaan perpaduan
nasional. Kesepakatan ini dicapai selepas berakhirnya pertemuan mereka di Damsyik kelmarin (21/1).

Dalam sidang akhbar bersama, kedua-duanya sepakat, melarang semua tindakan yang
mengakibatkan pertumpahan darah bangsa Palestin. Mereka juga sepakat menghentikan
provokasi, melanjutkan perbincangan dalam usaha membentuk kerajaan perpaduan
nasional dalam tempoh dua minggu ke hadapan.

Dalam pertemuan tersebut diputuskan untuk menguatkan dan membangunkan kembali PLO
sebagaimana apa yang telah disepakati dalam pertemuan terdahulu di Kaherah.
Kedua-dua belah pihak sepakat untuk memegang prinsip dan hak-hak rakyat Palestin
serta menolak pendirian negara sementara.

Berkait usaha pembentukan kerajaan perpaduan nasioal antara fraksi-fraksi Palestin,
ia adalah isu yang sangat berat, kerana berkait dengan kepentingan bangsa di setiap
tempat.

Dalam hal ini, Misy’al menegaskan, bahasa dialog adalah satu-satunya cara yang ampuh
dalam menyelesaikan setiap perselisihan. Adalah suatu yang Wajar apabila ada
perbezaan dalam kaca mata politik, namun sangat tidak wajar bila hal tersebut
membawa kepada pembunuhan.

Apa yang terjadi di Palestin ketika ini bukanlah pertentangan kekuasaan. Kita masih
dalam tahap perbincangan. Dengan demikian, kita menentang setiap langkah
mengakibatkan mengalirnya darah bangsa Palestin. Kami selalu menyeru untuk kembali
berdialog dan menjauhi segala perkara yang mengarah kepada pertentangan politik.

Dalam pada itu, menurut Misy’al, kami mendukung semua usaha dalam mengembalikan
hak-hak bangsa Palestin. Kami dari Hamas sebagaimana Fatah, menolak keras pendirian
negara sementara.

Di pihak lain, Mahmud Abbas mengatakan bahawa pertemuan dengan Misy’al telah
berhasil. Pertemuan ini berkait dengan kehidupan rakyat Palestin. Kita telah sepakat
untuk menghormati darah rakyat Palestin serta bekerja semaksima mungkin dalam
menghindari setiap pertentangan dalam negeri.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.