Seorang pemuda meninggal akibat kecederaan ketika serangan ke atas Gaza

Rabu , 15-10-2014 – Sumber perubatan Palestin di timur Baitulmuqaddis telah melaporkan bahawa seorang pemuda meninggal akibat kecderaan yang dialami ketika serangan terbaru Gaza ke atas Semenanjung Gaza.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Arafat Soheil Tafesh, meninggal di Hospital Kebajikan Islam al-Maqassed di timur Baitulmuqaddis. Bapanya memberitahu koresponded Press TV bahawa lebih kurang 200 rakyat Palestin turut cedera di kejiranan Tuffah Gaza ketika anaknya cedera setelah akibat serangan letupan bom.

Bapanya turut berkata yang anaknya mula-mula dipindahkan ke Hospital Shifa di Gaza di mana para doctor membedahnya selama beberapa jam dan hospital tersebut telah dipenuhi oleh puluhan rakyat Palestin.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : redz