Cubaan Bunuh Wakil Perisikan Palestin Gagal

COMES: Aljazeera – Sekumpulan lelaki bersenjata menembak wakil badan perisikan umum Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, Brig. Jen Thariq Abu Rajab. Beliau mengalami kecederaan manakala pembantunya terbunuh dan tiga lainnya turut tercedera.

Menurut sumber keamanan Palestin, menyebutkan semalam di Aljazeera tentang peristiwa yang terjadi ketika beliau sedang berjalan ke kompleks perisikan Sudan. Menurut Aljazeera, kumpulan bersenjata telah memerhati sejak awal dan menembaknya.

Sementara itu, seorang warga Palestin malam semalam yang berjaya menyerang seorang askar Israel dengan hanya menggunakan sebilah kapak di wilayah Jalil Ala (Palestina 1948) ditembak mati oleh Israel.

Menurut Israel penyerang tersebut membawa bom di dalam begnya namun cubaan itu berjaya dilumpuhkan terlebih dahulu.

Sementara itu sejumlah warga Palestin mengalami kecederaan di baldah (kota setingkat kecamatan) Khazaah timur Khan Yunis akibat serangan kejam Zionis-Israel ke arah rumah-rumah warga di sana.

Di antara yang tercedera yang dapat diketahui bernama Muhammad Risywan Abul Adil (19) terkena di bagian dadanya dan berda dalam keadaan kritikal manakala Khalid Qadih (27) dengan luka di bahagian perutnya dan tangan kirinya.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.