Remaja Palestin syahid semalam.


Jumaat, 26/01/07 –
Seorang rakyat Palestin syahid semalam (25/1/07) dan beberapa orang lagi tercedera apabila sekumpulan besar tentera rejim Zionis menceroboh bandar Tulkarem di Tebing Barat, sumber dari Palestin melaporkan.

Tentera rejim telah menceroboh Tulkarem, menutup semua jalan untuk ke bandar dan mengepong bangunan2
yang disyaki terdapatnya orang yang di kehendaki tentera rejim. Rejim Zionis telah melepaskan tembakan
dan menyebabkan Fadel Balawna, 17 tahun syahid.

Tentera rejim turut mengugut penduduk di kawasan Al-Malsat , bahagian utara bandar Tulkarem supaya
keluar dari rumah dan akan melepaskan tembakan jika enggan berbuat demikian. Ambulan juga tidak
dibenarkan masuk ke kawasan terlibat.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.