Bandar Nablus diceroboh, seorang lelaki diculik.


Selasa, 30/01/07 –
Askar-askar Israel dilengkapi kenderaan tentera dan bulldozer menghujani bahagian barat Bandar Nablus dengan peluru Khamis pagi yang lepas. Mereka mengepung sebuah bangunan dan menculik seorang lelaki warga Palestin.

Saksi memberitu bahawa terdapat sekurang-kurangnya 13 kenderaan tentera menyerang Bandar itu dan mengepung sebuah bangunan di Jalan Al-Ta’awun. Saksi turut menambah bahawa terdapat dua buah helicopter berlegar-legar di kawasan yang menjadi sasaran tentera Israel.
Dengan menggunakan pembesar suara, askar Israel mengarahkan penduduk agar meninggalkan rumah mereka dan keluar ke jalan raya. Meraka menahan enam orang pemuda selepas memaksa mereka menganggalkan pakaian masing-masing. Beberapa orang penembak tepat turut diletakkan di atas bumbung bangunan yang dikepung itu.

Selepas beberapa jam dan sebelum askar Israel meninggalkan bandar Nablus, askar-askar itu membebaskan keenam-enam pemuda yang ditahan. Bagaimanapun, mereka menculik Amar Damrah,26 yang tidak di bangunan itu. Media Israel melaporkan bahawa Damrah telah merancang untuk melakukan operasi bom berani mati di dalam Israel. Namun tiada sumber Palestin yang mengesahkan dakwaan tersebut.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.