Hamas kecam sumbangan Washington kepada pasukan keselamatan Palestin


Jumaat, 02/02/07 –
Pergerakan Hamas yang kini menerajui kerajaan, Rabu lalu mengecam hasrat Washington yang mahu membiayai pasukan keselamatan Palestin. Jurucakap Hamas, Ismail Radwan berkata bahawa sumbangan yang disengajakan itu adalah sebahagian daripada hasrat Washington untuk ‘menuang minyak ke atas perang saudara di Palestin’.

Bagaimanapun, kenyataan itu disanggah oleh Ketua Perunding Palestin, Saeb Eriqat. Beliau berkata bahawa wang itu hanya akan digunakan untuk keperluan logistic serta keperluan di garis sempadan. Beliau turut mengatakan bahawa sumbangan wang itu adalah seperti yang termaktub di dalam Rancangan Road Map untuk pembangunan Palestin.

Washington dijangka akan memindahkan wang sejumlah US$86 juta kepada Presiden Mahmoud Abbas. Masyarakat antarabangsa termasuk Amerika telah memulaukan Hamas sejak pergerakan itu menguasai kerajaan dalam pilihanraya demokratik parlimen yang lalu.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.