Israel: Kami Tidak Perlu Minta Izin Sesiapa Bangun Sesuatu di Al-Aqsa


Isnin, 12/02/07 –Menteri Dalam Negeri Israel, Yuve Dikhtir menegaskan, pihaknya belum mengadakan perhubungan dengan mana-mana pihak berkait usaha penghancuran dan
pembuatan terowong di jalan al-Mugarabah, pintu masuk menuju Masjid Al-Aqsa.

Pemerintah Israel, lebih dari sekali telah mengumumkan melalui jurucakapnya akan
melakukan penggalian di kawasan tersebut. Bahkan mereka mengatakan telah mengadakan
koordinasi dengan lembaga waqaf Islam Palestin dan Jordan dalam hal ini.

Dalam pernyataan akhbarnya pagi semalam (11/2) Dikhtir menyebutkan, Israel tidak
perlu minta izin siapapun untuk membangun wilayah yang berada dalam autoritinya.
Kami tidak perlu meminta persetujuan pihak Waqaf Islam. Tindakan kami ini diluar
bidang kuasa mereka. Apa yang sedang dilakukan sekarang adalah membuat jambatan yang
dijangkakan akan selesai dalam tempoh dua tahun.

Beliau menambah, pihaknya akan membalas semua dakwaan kaum muslimin yang mengatakan
Masjid Al-Aqsa ketika ini dalam bahaya. Beliau menegaskan bahawa Masjid Al-Aqsa
tidak berada dalam bahaya, kerana pintu al-Mugarabah bukan sebahagian dari kawasan
al-Haram, katanya.

Beliau juga menyebutkan pihak polis Israel, kelmarin memasuki wilayah Al-Haram untuk
menghadang pelemparan batu dari pihak kaum muslimin terhadap tembok ratapan milik
Israel, tegasnya.