Penjajah Israel Larang Azan Dilaungkan Di Masjid Al-Ibrahimi As-Syarif


AL-KHALIL, Pihak Berkuasa Penjajah Zionis melalui arahan tentera yang zalim yang dikeluarkan pada hari Selasa 30/3/2004 telah melarang azan dilaungkan di masjid Al-Ibrahimi As-Syarif di bandar Al-Khalil semasa penduduk-penduduk Yahudi yang menetap di 4 pusat penempatan Yahudi di bandar itu mengerjakan sembahyang supaya tidak mengganggu mereka mengikut dakwaan yang mereka kemukakan mengenai perkara ini.


Arahan tentera yang zalim itu, yang mencabul kebebasan beribadah, secara laungan kepada rakyat Islam Palestin, juga merangkumi ketetapan yng mengarahkan supaya masjid Al-Ibrahimi ditutup untuk tempoh dua hari iaitu pada 7 dan 8 April akan datang dengan hujah Sambutan Perayaan Yahudi.

Sheikh Taisir Bayyudh At-Tamimi, Ketua Majlis Kehakiman Tertinggi Palestin, berkata di dalam kenyataan akhbar kepada Agensi Quds Press “Tindakan pihak berkuasa penjajah melarang azan di dalam masjid dan menutupnya selama dua hari di bawah dakwaan yang lemah, dikira sebagai pencabulan yang nyata dan campur tangan jahat di dalam hal ehwal agama Islam.

As-Sheikh At-Tamimi menegaskan bahawa masjid Al-Ibrahimi As-Syarif adalah masjid yang sepenuhnya untuk umat Islam sahaja, dan Yahudi tidak mempunyai hak terhadapnya, tindakan zalim seperti ini di dalam kawasan masjid dibuat di dalam konteks serangan penduduk Yahudi yang ganas dan perancangan pengganas yang mensasarkan tempat-tempat suci Islam di Palestin dengan menyatakan bahawa Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak dan masjid Al-Ibrahimi As-Syarif adalah dua lambang daripada lambang-lambang Islam yang cuba dimusnahkan dan dihapuskan secara bersungguh-sungguh oleh penjajah Zionis.

As-Sheikh At-Tamimi menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) supaya segera campur tangan untuk menghentikan pencabulan yang nyata ini yang dilakukan oleh pihak berkuasa penjajah Zionis dan menuntut pertubuhan itu supaya melaksanakan kewajibannya mempertahankan bandar suci dan peranan ibadah Islam di seluruh Palestin.