Mahmoud Abbas akan bertemu Husni Mubarak.


Selasa, 13/02/07 –Presiden Palestin Mahmoud Abbas akan bertemu rakan sejawatannya dari Mesir Husni Mubarak di Kaherah untuk berbincang tentang perjanjian Palestin sebagai satu kerajaan perpaduan. Menteri Hal-Ehwal Mesir, Mofeed Shehab gembira Shehab berkata kedua-dua belah akan berbincang tentang pembangunan terkini dan peringkat antarabangsa termasuk perhubungan Palestin Authority-US dan kemungkinan dalam proses damai Palestinian-Israel.


Nabil Amr, penasihat presiden Palestin, telah mengesahkan bahawa Abbas akan turut mengadakan satu siri mesyuarat dengan Raja Jordan, Abdullah II dan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Menurut Amr, Abbas akan berbincang secara terperinci dalam pembentukan negara perpaduan dan hak mereka untuk pulang semula dari luar negara.

Abbas juga dijangka mengambil bahagian dalam satu sidang kemuncak tiga pihak dengan mengaitkan Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice dan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert pada 19 Februari.

Sumber-sumber Israel berkata Israel meminta Washington untuk memansuhkan sidang kemuncak tersebut kerana beralasan perjanjian Fatah-Hamas itu telah membuat pertemuan menjadi sukar.

Sebagai maklumbalas daripada permintaan Israel, permintaan Amerika Syarikat diketepikan, dan mengesahkan mesyuarat akan diadakan dalam tempoh yang ditetapkan.