Kerja-kerja perluasan penempatan dekat al-Khalil

Khamis , 12-02-2015 – Kerja-kerja pembinaan untuk meluaskan penempatan Israel semakin meningkat di tanah Palestin, utara al-Khalil.

Sumber tempatan menyatakan, tentera rejim Israel (IOF) sedang meluaskan penempatan Kharsina di al-Khalil. Lebih 15 unit baru akan dibina di utara penempatan. Manakala, IOF menghalang rakyat Palestin daripada mendekati tanah milik mereka sendiri di kawasan itu. IOF mengarahkan pemindahan lebih daripada 35 dunum untuk tujuan ketenteraan bagi meluaskan penempatan di Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati