Eropah Kaji Sistem Baru Untuk Bekerjasama dengan Pemerintah Palestin.

Selasa, 13/02/07 – Nasheruddin Syair, wakil PM Palestin dan Menteri Pendidikan dan Pengajaran
menyatakan, Eropah kini sedang mengkaji sistem baru untuk bekerjasama dengan
kerajaan perpaduan nasional Palestin pasca deklarasi Mekah.


Menteri ini menyatakan dalam sidang akhbarnya, sikap Eropah terhadap deklarasi
Mekah bersifat positif dan menunjukkan sokongan. Pemerintah autoriti Palestin
sendiri positif terhadap sikap Eropah.

Berkenaan sikap Amerika terhadap deklarasi Mekah dan kesepakatan membentuk kerajaan
campuran dan mengekalkan Ismail Haniya sebagai perdana menteri. Beliau menyatakan,
Amerika terpaksa bekerjasama dengan kerajaan perpaduan nasional Palestin. Apatah
lagi kesepakatan tersebut mengikut prinsip yang sesuai dengan standard
antarabangsa.Tidak ada alasan untuk menolaknya selagi isinya menghormati
undang-undang antarabangsa, Arab dan partisipasi politik. Oleh itu, Amerika perlu
menerimanya atau diam sahaja.

Berkenaan isi kandungan “kerajaan baru harus menghormati kesepakatan-kesepakatan
yang ditandatangani PLO dan Israel dan keputusan-keputusan antarabangsa dan Arab”
Syair memberi ulasan bahawa teksnya sangat jelas iaitu “menghormati” bukan
“mentaati” atau “komitmen” ertinya tidak melawan sahaja.

Rincian deklarasi Mekah


Dalam fasal pertama ditegaskan, penyerahan mandat dari presiden kepada perdana
menteri. PM dijadikan sebagai dasar dan program politik kerajaan campuran di samping
piagam nasional. Fasal kedua berkenaan kesepakatan pembentukan dan pembahagian
jawatan Menteri antara Hamas, Fatah, fraksi-fraksi yang ada serta pihak bebas.

Kemudian berkenaan isu penglibatan dan kerjasama politik dan reformasi PLO. Dan
seterusnya adalah fasal kesepakatan tidak meneruskan perang saudara.

Kemudian yang terpenting adalah jaminan pelaksanaan kesepakatan deklarasi Mekah
dimana negara-negara Arab akan menjadi jaminan pelaksanaan ini.