Rejim Zionis akan mencabut 2000 pokok di utara Salfit.

Isnin, 16-02-2015 – Rejim Israel (IOA) menyerahkan notis pada Selasa kepada seorang lelaki Palestin memberitahu niat mereka untuk mencabut 2000 pokok di tanahnya di utara Salfit.

sumber tempatan menyatakan, IOA menyerahkan notis kepada pemilik tanah itu, mendakwa tanah tersebut telah dirampas. Sumber dari bandar Keflharis yang berdekatan, turut menyatakan tanah tersebut terletak di kawasan Qasr Ibris dekat utara bahagian Salfit. Tanah tersebut telah ditanam dengan pokok zaitun dan pelbagai jenis pokok lain selama 15 tahun. Kawasan itu luasnya lebih kurang dunum, sumber tersebut menyatakan. Kampung dan pekan di daerah Salfit sentiasa terdedah kepada kerja-kerja peluasan 24 buah penempatan di kawasan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati