76% Tahanan Kanak-kanak Palestin Alami Penyiksaan Fizikal Di Penjara Zionis

Isnin, 16-02-2015 – Gerakan Antarabangsa Untuk Pembelaan Anak-anak menyatakan, ?kanak-kanak Palestin yang ditangkap penjajah zionis sepanjang tahun 2014 lalu menjadi mangsa pelanggaran terancang supaya mengaku salah ketika disoal siasat.

Dalam satu kenyataannya, Rabu (11/2) terdapat sekitar 107 fakta laporan yang menyebutkan kanak-kanak di Tebing Barat berusia 12 hingga 17 tahun mengalami pelbagai penyeksaan fizikal di penjara Zionis ketika di soal siasat.

12% daripada mereka ditempatkan di sel-sel terasing supaya mengaku salah atau cara mendapatkan maklumat tentang rakan-rakan yang lain. Sebanyak 76% anak-anak Palestin yang ditangkap pasukan zionis tahun lalu mengalami penyiksaan fizikal, 97% diikat tangan dan kaki ketika penangkapan, 79% ditutup mata dan tidak diberikan maklumat hak-hak mereka ketika penangkapan. Sementara itu 52% mengalami penyeksaan ketika pemeriksaan serta 30% ditangkap pada waktu malam.

sumber : COMES
penterjemah : Osman