17 rakyat Palestin termasuk pemimpin Hamas ditahan di dalam kempen penahanan oleh Israel.

Isnin, 16-02-2015 – IOF melancarkan kempen penahanan besar-besaran di serata bandar-bandar dan kampung-kampung di Tebing Barat pada subuh hari Rabu dan mensasarkan tujuh belas rakyat palestin termasuk seorang pemimpin Pergerakan Hamas.

Organisasi Tahanan Rakyat Palestin merekodkan penahanan tujuh orang rakyat dari bandar Beit Ummar ke utara al Khalil termasuk enam orang remaja, Isam Bahar, 16, Mazin Awad,19, Muhammad Ikhlayel,19, Amir Ikhlayel,16, Mahmoud Ikhlayel ,18, and Muhammad Jameel,18. Di Kampung Beit al-Rush al-Fuqa ke barat al Khalil, pihak IOF telah menahan seorang remaja Zaid Hribat, 15 setelah merempuh masuk dan menggeledah rumahnya dan beberapa rumah lain di kampung tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan