Haneya : 4 Agenda Asas Kesepakatan Mekah


Rabu, 14/02/07 –Dalam pidato di hadapan rakyat Palestin kelmarin,Isnin (12/2), Perdana Menteri Ismael Haneya meminta agar Amerika menghormati hak demokrasi rakyat Palestin dan tidak ‘double standard’ atas isu Palestin. Beliau menegaskan bahawa ia adalah pilihan mereka bersama. Semua pihak perlu menghormatinya sebagai sebahagian dari hak asasi demokrasi.


Sementara itu, Haneya mengucapkan tahniah kepada beberapa negara Eropah yang
menghargai kesepakatan Mekah. Pada masa yang sama Haneya mengucapkan terima kasih
kepada negara Arab atas dokongannya pada pertemuan Mekah.

Kita telah menemui jalan penyelesaiannya, semua pihak diharapkan menjaga kesepakatan
Palestin terakhir di Mekah, agar krisis embargo segera berakhir serta mengembalikan
hak-hak sah bangsa Palestin. Tujuan utama dari pertemuan Mekah adalah mencari
penyelesaian terbaik bagi bangsa Palestin.

Beliau menjelaskan, kesepakatan Mekah terdiri dari empat masalah pokok. Yang paling
utama adalah menghentikan pertentangan antara sesama rakyat Palestin dan menghindari
pertumpahan darah. Kesepakatan ini merupakan asas menuju hubungan Palestin yang
lebih baik dalam mengakhiri pertentangan senjata. Ia juga mengarah kepada penggunaan
bahasa dialog dan menghindari penyelesaian senjata dalam setiap masalah.

Agenda kedua, berkaitan dengan susunan kerajaan campuran berdasarkan piagam
perpaduan nasional, termasuk di dalamnya pembahagian kerusi menteri. Dalam pertemuan
tersebut disepakati Hamas memegang jawatan sembilan menteri, Fatah enam menteri,
lima menteri dari pihak bebas dan empat kerusi lagi dari fraksi parlimen.

Agenda ketiga adalah berkaitan dengan kedudukan PLO berkait kesepakatan di Mesir dan
Damsyik yang menuntut agar ada perombakan dalam struktur pengurusan serta usaha
untuk lebih memperkasakan organisasi tersebut di kancah antarabangsa.

Agenda terkahir adalah, persetujuan politik. Haneya mengatakan banyak sekali agenda
yang sudah disepakati dalam pertemuan tersebut dan ada beberapa agenda yang akan
disepakati menyusul. Koalisi politik tetap berpijak pada undang-undang dan peraturan
yang ada serta realiti kepelbagaian aspirasi politik di wilayah Palestin.