Bantahan sambil duduk dianjurkan untuk membantah penyambungan tempoh tahanan wartawan al-Titi

Selasa, 17-02-2015 – Sindiket Wartawan Palestin di Semenanjung Gaza telah menganjurkan bantahan sambil duduk sebagai menyokong wartawannya Alaa al-Titi yang masih ditahan di penjara Israel.

Beberapa tokoh kebangsaan dan institusi media termasuk pusat maklumat Palestin (PIC) menyertai bantahan itu. Para peserta menuntut agar polisi Israel yang menekan wartawan di Tebing Barat agar dihentikan, serta menyeru agar semua wartawan Palestin yang ditahan secara tidak sah dibebaskan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati