Rejim Zionis eksploitasi pelancongan ke Judaize OJ (laporan)

Selasa, 17-02-2015 – Angkatan Penjajahan Israel (IOA) berusaha sehabis baik untuk menjalankan skim Judaization di Baitulmuqaddis (OJ); sebahagian skimnya secara terang-terangan manakala sebahagian lagi berselindung di sebalik alasan pelancongan atau perdagangan.

Satu badan yang dipanggil “Israel Lands Authority” mengumumkan satu tender untuk membina 580 bilik hotel, pusat membeli belah dan tempat letak kereta di OJ, di mana IOA boleh menyebarkan idea Zionis dan idea yang salah mengenai orang Islam dan masyarakat Arab kepada pelancong-pelancong.

Anan Ghaith, Pengarah Eksekutif bagi Jerusalem Tourism Cluster (JTC) memberitahu PIC: “Industri pelancongan merupakan penggerak ekonomi yang penting di tanah Palestin yang terjajah, terutamanya di Baitulmuqaddis; kira-kira empat juta pelancong datang melawat setiap tahun untuk tujuan keagamaan dan pelancongan meskipun dilanda konflik dan keadaan politik yang tidak stabil.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira