Resheq Mengecam Rancangan Netanyahu untuk Melawat Masjid Ibrahimi

Selasa, 17-02-2015 – HAMAS memberi amaran kepada perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang merancang untuk melawat Masjid Ibrahimi di bandar al-Khalil, Tebing Barat.

Biro politik Hamas, Ezzet Resheq dalam satu kenyataan bertulis pada hari Ahad menyatakan bahawa tindakan Israel yang ingin masuk ke dalam Masjid Ibrahim merupakan satu tindakan yang membawa padah dan sebuah provokasi kepada perasaan rakyat palestin dan umat islam, yang tidak akan berdiam ke atas perbuatan itu.

Resheq menegaskan bahawa masjid Ibrahimi merupakan milik orang Islam, dan sebahagian daripada khazanah Islam di Tebing Barat. “Masjid Ibrahim tidak boleh dieksploitasikan untuk propaganda pilihan raya Israel,” kata Resheq lagi. Sebelum ini, akhbar Israel, Yediot Aharonot mengeluarkan berita menyatakan bahawa Netanyahu merancang untuk masuk ke dalam Masjid Ibrahimi dan keluar melalui Gua Patriarch, yang mana Israel telah membina sebuah sinagog yang melindungi penduduk haram yang ekstrim dan pejuang sayap kanan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz