Laporan: Zionis Rancang Keluarkan Bom Hidrogen

Selasa, 17-02-2015 – Sumber-sumber media Zionis mengungkapkan bahawa penjajah Zionis ?Israel? telah merancang untuk mengeluarkan bom hidrogen dengan bantuan Amerika.

Menurut laporan akhbar Zionis, Yedeot Aharonot, Ahad (15/2/2015) ?Ketika perundingan Amerika-Iran mencapai puncaknya, perselisihan antara Israel dan Amerika berkisar pidato Netanyahu di Kongres berkaitan dengan masalah Iran, kemudian penyebaran laporan Pentagon tahun 1987 yang mengisyaratkan bahawa Israel telah berusaha untuk mengeluarkan bom hidrogen yang lebih kuat daripada bom nuklear biasa.?

Menurut laporan Pentagon tersebut, langkah Tel Aviv ini dibantu oleh Amerika untuk mengeluarkan bom hidrogen tersebut. Laporan yang sama mendakwa Israel memiliki fasiliti nuklear menyamai fasiliti Los Alomos di Amerika serta melakukan pengembangan formula dan kod yang boleh digunakan untuk mengeluarkan bom hidrogen.

sumber : COMES
penterjemah : Osman