Zionis cuba membina kuil Yahudi di laman Masjid Aqsa


Rabu, 14/02/07 –Ahli sejarah Zionis menafikan apa yang didakwa oleh kerajaan penjajah (Zionis) tentang apa yang dilakukan hari ini di Pintu Al-Magharibah hanya sekadar pembaikian dan kembali membina jejambat kepadanya, sebenarnya adalah untuk membina kuil Yahudi.


Ahli sejarah tersebut, Maer ben Douf berkata ketika pertemuan yang dianjurkan Lajnah Dalaman di Parlimen Zionis unuk membincangkan topik terowong di Pintu Al-Magharibah, yang menaikkan kemarahan Muslimin, adakah kemungkinan untuk membaiki jejambat tersebut dengan kos yang kecil tanpa mencetuskan sebarang kekecohan sambil menegaskan bahawa perancangannya adalah unuk membina kuil Yahudi di dalam kawasan pintu Barat Haram Al-Quds iaitu menukarkan Masjid Al-Barraq kepada kuil tempat bersembahyang Yahudi.

Beliau menambah, kawasan jejambat itu telah dicadangkan untuk dibaiki pada tahun 2004 tanpa sebarang bahaya terhadap Al-Aqsa sambil menegaskan punca utama yang boleh menyebabkan kerosakan pagar Barat adalah terowong yang dibina hari ini yang akan memusnahkan kesan-kesan sejarah Islam di kawasan itu.

Ben Douf menyatakan lagi, maklumat yang diperolehinya adalah tepat dan boleh diyakini dan mampu dibuktikan serta wujud gambar-gambar yang menyokong pendedahan ini sambil menyatakan bahawa kerosakan ini adalah kecil dan mungkin dapat dibaiki.

Sebagaimana jelas Ben Douf tentang dakwaan menteri Ya’kuf Edry dan jurucakap kerajaan Zionis yang meyakinkan wujudnya terowong di bawah Masjidil Haram Al-Quds, menganggap apa yang dilakukan oleh Kementerian Warisan Zionis hari inilah yang membawa kepada kemusnahan kesan sejarah Islam, menambah “Bahkan kalaupun ada kesan sejarah yang dipanggil Haikal Sulaiman, maka kerajaan Zionislah yang bertanggungjawab memusnahkannya.”

Ben Douf meminta kerajaan Zionis untuk memberhentikan segala usaha carigali dan pembinaan serta memberikan peluang kepada badan awqaf(wakaf) Islam untuk membaiki jejambat yang telah memusnahkan sebahagian kawasan itu.