Tentera rejim Zionos meluaskan rampasan dengan lebih 400ribu dunum tanah di Tebing Barat.

Jumaat, 27-02-2015 – Institut Kajian Gunaan (The Applied Research Institute-ARIJ) melaporkan bahawa tentera Israel telah mengeluarkan arahan ketenteraan pada 18 Januari 2015 untuk menambah pengambilan 410,672 dunum tanah di bahagian timur Tebing Barat sebagai zon tertutup tentera.

Menurut ARIJ, 212 dunum telah ditolak daripada arahan tersebut kerana ianya adalah sebahagian dari penempatan haram di Ma’ale Adumim. Kawasan yang disasarkan dalam arahan ketenteraan itu terletak di bahagian timur tebing barat, bermula dari bahagian selatan pentadbiran Ariha (Jericho) ke bahagian timur bandar Jerusalem, kemudian bahagian-bahagian di kawasan timur pentadbiran Bethelem dan al-Khalil.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan