Abbas, Jihad menyampaikan takziah atas peristiwa pemenggalan 21 rakyat Mesir

Jumaat, 27-02-2015 – Pengerusi Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Abbas, dan Kumpulan Jihad Islami menyampaikan takziah kepada Mesir atas peristiwa pemenggalan 21 warga Mesir beragama Kristian di Libya.

Dalam perbualan telefonnya dengan Abdul Fattah al-Sissi, Abbas meminta agar rasa simpatinya disampaikan kepada keluarga mangsa. Abbas menekankan kesanggupannya untuk bersama-sama saudara-saudara di Mesir. “Kami yakin Mesir akan mengumpulkan seluruh tenaga untuk mengambil tindakan atas apa yang berlaku dengan sebaik-baiknya”,kata Abbas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati