Kes Sesak Nafas Dilaporkan Dalam Serbuan Rejim Zionis di Gerbang Baitul Maqdis

Jumaat, 27-02-2015 – Berpuluh tentera Israel menyerang kawasan protes di Gerbang Baitul Maqdis, timur Abu Dis pada hari Isnin.

Serangan itu dilancarkan ketika aktivis Palestin sedang membina bilik di kawasan itu untuk memprotes keluarga Badwi yang dihalau untuk peluasan kawasan pendudukan Israel. Sumber tempatan berkata bahawa Tentera Penjajah Israel (IOF) memecah masuk kem itu ketika pembinaan bilik dengan menggunakan bom tangan pelali (stun grenade) dan gas pemedih mata. Sumber itu menambah bahawa berpuluh rakyat Palestin menderita sesak nafas akibat daripada gas pemedih mata yang ditembak terus ke arah aktivis dan ke dalam khemah mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz