Demonstrasi di Gaza membantah pembunuhan tiga umat Islam di US.

Jumaat, 27-02-2015 – Pemuda-pemuda yang sangat marah dengan kejadian tembak menembak yang mengakibatkan kematian tiga orang umat Islam warga Amerika yang berasal dari Palestin dan Syria di negeri North Carolina, US telah membuat demonstrasi di dalam kawasan yang sedang dikawal Israel di bawah Gaza Strip.

Pemuda-pemuda Palestin itu berkumpul pada tengahari hari Ahad di hadapan Institut Amerika di Gaza dan menutup pintu institut tersebut dalam bantahan penuh kemarahan terhadap pembunuhan tiga pelajar islam berhampiran kampus Chapel Hill Universiti North Carolina.

Pemuda-pemuda Palestin yang membuat bantahan telah melambaikan gambar-gambar mangsa-mangsa yang dibunuh pada minggu lepas oleh seorang rakyat Amerika yang bernama Craig Hicks, 46 tahun hanya kerana mereka adalah umat Islam.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada