Malaysia menuntut Majlis Keselamatan PBB campurtangan.


Rabu, 14/02/07 –
Pada hari Selasa, Malaysia, sebuah negara besar Islam, meminta Majlis Keselamatan PBB campurtangan untuk menghentikan Israel daripada kerja-kerja pembinaan di masjid Al-Aqsa timur Baitulmuqaddis, iaitu masjid ketiga Islam yang paling suci.


Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Badawi, menyatakan kepada Agensi Berita Malaysia yang dia telah memberitahu anggota tetap Majlis Keselamatan serta Setiausaha Agung PBB, Pan Ki Moon yang tindakan menghentikan kerja-kerja pembinaan sekitar Al-Aqsa masjid adalah ‘perlu’.

Badawi juga memberitahu pengorekan oleh Israel sebagai ‘tidak bertanggungjawab’, berharap Majlis Keselamatan memandang berat isu ini dengan mendesak pemerintah Israel menghentikan kerja-kerjanya di sana.

PM Malaysia menambah bahawa dia akan menghantar surat kepada pemimpin-pemimpin Arab dan ahli anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), dengan memberi tekanan terhadap Israel untuk memberhentikan kerja-kerja pembinaannya.

Beberapa negara dan pertubuhan-pertubuhan telah mengkritik tindakan Israel menggali di sekeliling masjid Al-Aqsa, dan tindakan Israel ini melanjutkan ketegangan di wilayah dan menghalang usaha-usaha aman.

Masjid Al-Aqsa telah menjadi salah satu keutamaan keganasan Palestinian-Israel. Dalam 1996 80 rakyat Palestin telah terbunuh apabila Israel membuka sebuah terowong, manakala arus pemberontakan Palestin berterusan hingga tahun 2000 terhadap ketua Israel, Ariel Sharon yg membuat satu lawatan provokasi di masjid tersebut.