Rabu, 04-03-2015 – Timbalan Speaker Majlis Perundangan Palestin (PLC) Ahmed Bahar menyelar sekatan ketat Israel yang dikenakan ke atas tahanan Palestin yang melanggar semua undang-undang dan konvensyen antarabangsa.
Semasa sesi PLC pada Rabu lalu, Bahar telah menegaskan penjajahan Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas implikasi serius serangan jenayah ke atas tahanan Palestin.
Beliau menggesa pihak berkuasa Mesir untuk campur tangandengan segera untuk pembebasan bekas banduan yang ditahan semula dan dihukum semula selepas dibebaskan dalam perjanjian pertukaran Wafa al-Ahrar dicapai pada tahun 2011 di bawah pengantaraan Mesir.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syam