Hamas Mengalu-alukan Kenyataan Rusia dan Menganggapnya Keluar dari Sekatan Quart


Khamis, 15/02/07 –
Hamas mengalu-alukan kenyataan berani Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin sambil
menganggapnya sebagai tanda keluar daripada boikot ‘Quartet’ terhadap Palestin dan
menegaskan bahawa ianya ‘tidak mungkin meninggalkan prinsipnya dan prinsip rakyat
Palestin.’


Ismail Ridhwan, jurucakap Hamas, dalam kenyataannya kepada Pusat Info Palestin hari
ini 14/2, berkata, ‘tiada lagi perbincangan tentang kemungkinan mengiktiraf kerajaan
Zionis’, sambil meminta seluruh negara Eropah membantah tindakan Zionis ke atas
rakyat Palestin setiap hari.

Beliau menambah, “Kami mengalu-alukan kenyataan seperti ini daripada Rusia yang
tidak tunduk kepada tekanan US yang mengiktiraf kewujudan Hamas yang dipilih oleh
rakyat secara demokrasi.”

Ridhwan mengharapkan negara Eropah yang lain juga akan mengambil pendirian yang
sama, dan menyeru kepada hubungan rasmi antara Hamas, kerajaan Palestin dan Rusia
sebagai permulaan membuka hubungan kenegaraan yang lebih luas.

Ditanya mengenai kemenangan Hamas dalam pilihanraya lalu, ‘Ia satu tamparan hebat
kepada polisi luar Amerika’ dan menyifatkan kemenangan Hamas sebagai kemenangan
terhadap keadilan, kebebasan, demokrasi selain kemenangan kepada projek penubuhan
negara Palestin.

Tambahnya lagi, kemenangan ini adalah demi mengangkat martabat keinsanan yang
menolak politik Amerika yang zalim dan memperhambakan rakyat.

Putin menyatakan pendiriannya dalam siaran Al-Jazeera bahawa beliau tidak menganggap
pergerakan Hamas sebagai teroris sebaliknya berkata ,” Rusia idak menganggap Hamas
sebagai teroris dan tidak pernah menyesal menjemput Hamas menziarahi Rusia,” sambil
menambah bahawa Hamas bekerja untuk menegakkan cita-citanya yang dengan cara
tertentu dan ini tidak bermakna Rusia menyetujui kesemua cara tersebut.

Putin menegaskan bahawa keputusan demokrasi itulah yang memenangkan Hamas, dan tidak
boleh tidak, kita perlu menghormati pilihan rakyat dan kemenangan Hamas itu
sememangnya seolah-olah menghentam polisi luar Amerika, kata beliau.