Kerajaan mengingatkan tentang berkembangnya suasana keruh dalam urusan kerajaan


Khamis, 22/02/07 –
Kerajaan Palestin mengingatkan pada 15/02/07 tentang tersebarnya banyak maklumat
yang salah dan tidak tepat di dalam media massa tentang pertemuan Presiden Mahmud
Abbas dan Perdana Menteri Ismail Haniyyah di Gaza hari ini, dan menganggapnya
sebagai punca suasana keruh dan tegang di jalan-jalan Palestin.


Kerajaan menegaskan melalui jurucakapnya, Ghazi Hamad, untuk berpegang dengan
Persepakatan Makkah yang dicapai sebelum tempoh seminggu di bawah naungan kerajaan
Arab Saudi dan gesaan menjalankannya secara undang-undang dan rohani.

Hamad mengisyaratkan bahawa PM Ismail Haniyyah mengalu-alukan pertemuan dengan
Presiden di Gazasambil meyakinkan bahawa pertemuan ini akan melicinkan lagi
pembentukan kerajaan campuran, menjelaskan bahawa cakap-cakap tentang perletakan
syarat sebelum perlaksanaan Persepakatan Makkah sebagai desas-desus yang direka oleh
media untuk menimbulkan kesan negatif terhadap perlaksanaan itu.

Beliau menyebutkan tentang beberapa permasalah terperinci yang telah disepakati di
dalam Persepakatan Makkah akan diutarakan dalam pertemuan dua belah pihak itu.
Dalam perkembangan lain, PM telah menelefon Amir Sumud Al-Faisal, Menteri Luar Arab
Saudi memberitahu tentang perkembangan perlaksanaan persepakatan itu, serta gesaan
daripada semua untuk melaksanakannya sebaik mungkin, tepat dan amanah.

Hamad telah meyakinkan semalam, bahawa segala mesyuarat perhubungan telah dimulakan
untuk mempercepatkan perlaksanaan Persepakatan Makkah, sambil menegaskan bahawa
kerajaan berusaha sedaya upaya untuk tidak melambatkannya, supaya segala urusan
berjalan lancar dan teratur.