Erekat: PLO berkumpul lagi untuk menilai semula hubungannya dengan Israel

Isnin, 23-03-2015 – Jawatankuasa eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) bercadang untuk mengadakan mesyuarat dengan segera untuk menguatkuasakan cadangan yang telah diambil baru-baru ini oleh majlis pusat persatuan itu iaitu untuk menghentikan penyelarasan keselamatan dan mempertimbangkan semula hubungan ekonomi dengan Israel, pegawai PLO Saeb Erekat berkata.

“Keputusan majlis pusat Palestin adalah jelas dan tidak memerlukan penjelasan tambahan, di mana, telah diputuskan bahawa persatuan ini akan menghentikan penyelarasan keselamatan dan mengkaji semula hubungan ekonominya dengan Israel, dan ini adalah muktamad, “ Erekat, ahli jawatankuasa eksekutif PLO memberitahu stesen radio Voice of Palestine pada hari Ahad lalu. “Kami tidak boleh mengekalkan hubungan sehala ini, Israel mencetak rompak wang cukai kami dan melanggar segala perjanjian, termasuklah perjanjian keselamatan,” tambah beliau lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira