Hashtag al-Yassin di dunia maya

Isnin, 30-03-2015 – Pengetahuan Hamas tentang media sosial bertambah baik, seperti #askhamas yang dilancarkan beberapa hari yang lalu untuk berinteraksi dengan orang-orang dari seluruh dunia, Hamas melancarkan #in_memory_of_Palestine_Sheikh pada hari Sabtu 21 Mac bersempena dengan Ulangtahun ke-11 pembunuhan Sheikh Ahmed Yassin yang jatuh pada hari Ahad 22 Mac.

Ibrahim Musallam penyelaras kempen dan pegawai maklumat baru dalam Hamas menegaskan kepada wartawan PIC bahawa kempen yang telah dilancarkan pada hari Sabtu pukul 9 malam bertujuan untuk tweet bagi ingatan terhadap Sheikh Ahmed Yassin, dan menjelaskan bahawa sekurang-kurangnya inilah yang mampu dilakukan oleh Hamas kepada pengasasnya pada ulang tahun pembunuhan beliau.

Musallam menegaskan bahawa sebelum bermulanya kempen terdapat puluhan tweets memuliakan Sheikh dan sifat-sifat dan etika dan menyatakan bahawa beribu-ribu pengguna twitter bermula dari kempen untuk menyiarkan video dan gambar-gambar Sheikh.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syam