Nazal: Abbas berlengah dalam hal krisis Palestin

Selasa, 31-03-2015 – Ahli biro politik Hamas, Mohamed Nazal, menyelar pengerusi pihak berkuasa Palestin (PA) Chairman, Mahmoud Abbas, kerana berlengah dalam isu krisis sosio-politik Palestin.

Berucap dalam temuramah ekslusif dengan PIC, Nazal berkata, tiada kejujuran dan komitmen dari pihak Abbas untuk berusaha meleraikan krisis yang melanda warga Palestin.

Mengulas tentang lawatan berbayar oleh Perdana Menteri, Rami al-Hamdallah, ke Gaza sebelum kemuncak liga Arab summit, Nazal berkata tujuan lawatan itu secara asasnya untuk mengabui mata dunia Arab yang Abbas dan kerajaannya terlibat dalam usaha untuk menangani krisis pendapatan Gaza dan mencari penyelesaian dalam membina semula Palestin, penutupan sempadan serta hal ehwal lain yang memerlukan perhatian segera.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati