Rabu, 01-04-2015 – Tentera rejim Israel (IOF) menghalang perarakan meraikan Hari Tanahair pada petang Isnin yang berlangsung di bandar ke arah barat Bethlehem.
Wartawan PIC berkata, IOF menghalang perarakan yang dianjurkan oleh para aktivis Palestin untuk menanam pokok zaitun di kawasan Wadi Fukin yang diancam untuk dirampas. Wartawan tersebut menambah, ratusan peserta dari seluruh Bethlehem termasuk kem pelarian berkumpul di pusat bandar dan berarak ke arah tanah yang diancam untuk dirampas. Para peserta perarakan mengibarkan bendera Palestin dan membawa biji benih zaitun serta peralatan bercucuk tanam.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati