Helikopter pengganas Israel Menyerang kem di Gaza


Khamis, 2 September : Sebuah helikopter milik pengganas Israel menyerang kem pelarian di Gaza menyebabkan 5 rakyat Palestin cedera dam beberapa minit selepas itu tentera Israel melancarkan serangan menggunakan kereta perisai dalam kawasan kem itu.

Pihak hospital melaporkan 4 peluru berpandu yang dilepaskan kena pada sebatang jalan berhampiran hospital yang terletak dalam kem pelarian Khan Younis.

Serangan ini berlaku selepas 16 rakyat Israel terbunuh dalam kejadian pengeboman bas berkembar di selatan Israel bandar Beersheba. Sumber dari askar Israel menyatakan, serangan helikopter itu dituju pada ?sebuah alat pengebom? yang terletak pada kawasan lapang yang terdapat dalam kem itu.

Beberapa minit selepas kejadian itu, askar Israel lengkap dengan kereta perisai merempuh masuk ke dalam kawasan kem dan melepaskan tembakan yang berterusan, kata seorang saksi. Sumber dari Israel mengesahkan operasi memburu pejuang-pejuang Palestin akan diteruskan di kawasan Khan Younis.

Kanak2 sering menjadi mangsa keganasan rejim jahanam Israel

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.