Haniyya : Calon Kerajaan Perpaduan Di Tentukan Jumaat ini.


Rabu, 28/02/07 –

Sumber Palestin melaporkan pada Selasa, 27/02/07, Pemangku PM Palestin, Ismail Haniyya daripada
parti Hamas bertempat di pejabat Gaza telah mengadakan mesyuarat bersama pemimpin
Fateh dan Hamas dalam usaha membentuk kerajaan perpaduan nasional, jurucakap Fateh , Abdul Hakim Awad melaporkan.


Awad melaporkan Haniyya telah memberitahu para delegasi berhubung perkembangan terkini
perbincangan dengan fraksi2 yang lain tentang pembentukan tersebut termasuk fraksi yang
menolak pembentukan tersebut.

Awad menambah Haniyya meminta Fateh, Hamas dan fraksi2 yang lain yang bersetuju agar
bersama menyertai kerajaan ini dan akan menyerahkan calon2 pada hari Jumaat , jam 9 mlm (waktu di sana). Kedua2 pergerakan itu bersetuju menghentikan sebarang kempen hasutan dan akan
melaksanakan apa yang telah dimetrai dalam perjanjian Mekah yang lalu. Awad juga memaklumkan
Fateh meminta agar semua fraksi dijemput menyertai dialog tersebut.