Gabungan “Freedom Flotilla” Seru Gerakan Sokongan Antarabangsa

Isnin, 25-05-2015 – Gabungan pertubuhan Freedom Flotilla (Armada Kebebasan) menyeru agar dapat menggerakkan parti politik, parlimen, pertubuhan hak asasi manusia, seluruh rakyat, bangsa Arab dan antarabangsa untuk mematahkan sekatan yang dikenakan terhadap Semenanjung Gaza. Gabungan pertubuhan tersebut kembali menegaskan tekadnya untuk mendukung Freedom Flotilla 3.Kapal pertamanya telah bertolak dari Sweden minggu lalu dan telah melewati Denmark dalam perjalanan menuju perairan Laut Tengah ke Semenanjung Gaza.

Seperti dipetik dari pejabat berita Arab “Quds Press”, Ketua forum Palestin di Britain, Ziyad Alul mengatakan bahawa Gabungan Freedom Flotilla berkumpul di Athen hari Sabtu (16/5) dan meminta tambahan sokongan antarabangsa dan Arab melalui gerakan rakyat dari Tebing Barat menuju Semenanjung Gaza. Mereka menyeru kepada regim Mesir untuk membuka pintu Rafah dan tidak menghukum 2 juta orang Palestin yang tinggal di Semenanjung Gaza.

Sementara itu organisasi kempen di Eropah untuk Pembebasan sekatan Gaza, mengatakan bahawa Gabungan Freedom Flotilla 3 telah menghantar kapal pertamanya pada hari Ahad lalu dari Sweden menuju Semenanjung Gaza. Kempen Eropah untuk pembebasan sekatan Gaza mengatakan bahawa pertemuan di Athen Sabtu lalu telah membuat jadual akhir sebelum pergerakkannya ke Semenanjung Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : Osman