Rejim Zionis tahan empat kanak-kanak bawah umur di Tulkarem

Selasa, 26-05-2015 – Sumber Palestin mendedahkan bahawa pasukan pendudukan Israel (IOF) menahan empat kanak-kanak bawah umur Palestin berusia 9 hingga 13 tahun di bandar Feraun di selatan Tulkarem, pagi Ahad lalu.

Pihak majlis bandar itu dalam satu kenyataan berkata, askar IOF menahan empat kanak-kanak bawah umur dekat pintu gerbang pertanian bandar Feraun yang dibina rejim Zionis untuk mengawal lalu lintas petani ke ladang yang terletak di belakang tembok pemisah.
Kenyataan itu menegaskan, keempat-empat kanak-kanak berkenaan merupakan murid sekolah rendah di bandar ini.
Pihak majlis berkata, usaha sedang dilakukan untuk membebaskan kanak-kanak terbabit.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : Annasuhana Sulaiman