Kumpulan-kumpulan Palestin meminta Mesir agar membuka sempadan Rafah selama-lamanya

Jumaat, 29-05-2015 – Kumpulan-kumpulan kebangsaan dan Islamik Palestin di Semenanjung Gaza yang dikepung meminta pihak berkuasa Mesir membuka sempadan Rafah selama-lamanya dari kedua-dua arah.

Kumpulan-kumpulan tersebut berkata dalam kenyataan pada Isnin bahawa keadaan kemanusiaan telah menjadi semakin teruk terutamanya terhadap para pesakit, pelajar dan pemegang pasport asing.

Mereka menyatakan kepercayaan terhadap pihak berkuasa Mesir agar bertindak positif untuk menghentikan penderitaan rakyat Palestin. Mereka menyeru Mesir untuk membuka sempadan dari kedua-dua arah, bukannya satu arah seperti yang diumumkan, dalam beberapa hari akan datang. Mereka turut menyeru Presiden Mahmoud Abbas agar masuk campur menggesa Mesir. Mereka juga mendakwa rejim Israel bertanggungjawab di atas tekanan yang berterusan dikenakan ke atas Gaza selama 8 tahun.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati