Israel haramkan laungan Azan Muslim di Masjid Ibrahimi

Jumaat, 29-05-2015 – Pihak berkuasa Penjajahan Israel (IOA) telah mengharamkan Azan (panggilan untuk solat bagi orang Muslim) melalui pengumuman menggunakan pembesar suara Masjid Ibrahimi, dari tengahari Sabtu hingga petang Ahad, dan mendakwa laungan azan itu mengganggu ketenteraman penduduk Yahudi.

Seorang wartawan berita PIC yang memetik kata-kata saksi kejadian berkata bahawa penjajah Israel menghalang azan Muslim daripada berkumandang di Masjid Ibrahimi sejak awal tengahari Sabtu sehingga petang Ahad dengan alasan untuk memberi ruang kepada kedatangan cuti Yahudi.

Setakat ini, penjajahan Israel telah menghalang laungan azan berpuluh-puluh kali dalam masa sebulan, mendakwa laungan azan tersebut menjengkelkan penduduk penempatan Yahudi, yang mana kebanyakan mereka dilaporkan tinggal di kawasan penempatan haram sepanjang Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur, satu pencabulan undang-undang antarabangsa yang dilakukan secara terang-terangan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur syarira