Abu Marzouk: Penahanan yang dilakukan PA memberi manfaat kepada Israel

Isnin, 13-07-2015 – Ahli biro politik Hamas Dr. Mousa Abu Marzouk menyelar Pihak Berkuasa Palestin (PA) kerana menahan ratusan warga Palestin yang menentang polisi bertujuan untuk memusnahkan rakyat Palestin.

Abu Marzouk dalam kenyataannya di Facebook pada Rabu menyeru PA agar menghentikan campur tangan terhadap masa depan rakyat Palestin.
Beliau turut menyeru pelbagai kumpulan Palestin, parti-parti politik dan pelbagai organisasi untuk menangkis polisi yang merosakkan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati