UNESCO: Pencerobohan Israel ancam warisan Islam di Baitulmuqaddis.

Isnin, 13-07-2015 – UNESCO pada Selasa, telah mengeluarkan satu resolusi bagi mengutuk keras tindakan pihak berkuasa Penjajah Israel (IOA) yang cuba untuk mengubah ciri Islam yang terdapat di tapak warisan sejarah di Baitulmuqaddis.

UNESCO (Organisasi PBB untuk Pendidikan, Sain dan Kebudayaan) berkata, ia sangat memandang berat pada kerja-kerja penggalian terowong bawah tanah secara haram yang sedang giat dijalankan oleh pihak Israel dan beberapa kumpulan penduduk Yahudi di Kota Lama Baitulmuqaddis dan di sekitar kawasan sebelah luar dan dalam Tembok Pemisah. Pihak Israel juga, didapati enggan menghentikan kegiatannya itu, yang dikhuatiri boleh mengancam keutuhan struktur asas tapak bangunan tersebut.

Organisasi itu mengingatkan pihak Penjajah Israel bahawa, telah tiba masanya untuk mereka menghentikan semua pencerobohan yang telah dilakukanya, selaras dengan kewajipannya memberi perhatian kepada beberapa pekara yang ada kaitannya dengan konvensyen dan cadangan yang telah dibuat oleh UNESCO.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zainudin mhd ali